SELAMAT BERSARA

Pada 30 Januari 2018, seramai tiga warga SMK Darul Ehsan bersara iaitu Pn Tay Lily (Penolong Kanan Tingkatan Enam), Pn Azura (Guru Sesi Petang) dan Pn Norasmah (Staff SMKDE). Terima kasih di atas tunjuk ajar, bimbingan selama berada di SMKDE, jasa dan pengorbanan sentiasa kami kenang.

 

Sekali lagi, kami mengucapkan selamat bersara dan semoga sihat sentiasa di samping keluarga.

Program Jaringan Antarabangsa

Pada 19 Januari 2018, SMK Darul Ehsan telah menerima rombongan lawatan kerja kelompok MadrasahTsanawiyah,Provinsi Jawa Barat seramai 70 orang pengetua. Rombongan ini merupakan Program Jaringan Antrabangsa. Terima kasih di atas kunjungan lawatan kerja ke SMK Darul Ehsan.

Majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang

Majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang yang ke 69 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Ogos 2017. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Ir Md Nasir bin Ibrahim. Majlis berlangsung pada jam 2.30 petang. Bendera Jalur Gemilang yang dihasilkan daripada 8000 tempurung dan dibantu lebih kurang 200 pelajar. Manakala bendera Jalur Gemilang daripada kain dihasilkan oleh Pelajar Tingkatan 5 subjek Pendidikan Seni Visual.

 

 

Tonton Video Klik Link ini :

https://www.youtube.com/watch?v=e7RMWHhi-0g

 

MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN HEM

Pada 5.7.2017 merupakan hari terakhir perkhidmatan Tn Hj Bakeman bin Chek sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Darul Ehsan.  Satu Majlis Lambaian Kasih Tn Hj Bakeman bin Chek telah diadakan bagi meraikan jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan dari tahun 1979 – 2017. Majlis telah dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Samarlingga, SMK Darul Ehsan dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Pelbagai persembahan termasuk dari guru dan pelajar serta ucapan amanat yang disampaikan oleh beliau buat warga SMKDE.

Kami warga SMK Darul Ehsan mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn Hj Bakeman dan Terima Kasih di atas jasa dan bakti sepanjang di SMK Darul Ehsan.

 

SELAMAT HARI GURU !

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik SMK Darul Ehsan. Hari Guru merupakan hari yang ISTIMEWA bagi meraikan jasa guru. Sambutan Hari Guru yang telah dipersetujui di Malaysia adalah pada 16 Mei setiap tahun. Tarikh sambutan Hari Guru adalah berbeza bagi setiap negara, bergantung kepada sejarah sambutannya. Namun begitu, tarikh yang dipersetujui sebagai tarikh Hari Guru Sedunia adalah pada 5 Oktober.

Tema Hari Guru pada tahun 2017 ialah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini, guru-guru digalakkan memakai baju bertemakan kerjaya sekaligus dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai jenis kerjaya.

Sambutan hari guru SMK Darul Ehsan pada tahun ini meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan dari pelajar dan guru termasuk aktiviti sukaneka.

 

NILAM @ Mobile Book Cafe

Pada 27.3.2017 , Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan program Mobile Book Cafe bagi menggalakkan pelajar-pelajar membaca. Program ini telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran scout yang comel. Tahniah dan Syabas kepada guru dan AJK Pusat Sumber SMK Darul Ehsan.

 

Penyerahan Slip SPM 2016

Keputusan SPM 2016 telah diumumkan secara rasmi pada 16.3.2017. Satu majlis penyerahan slip keputusan SPM telah berlangsung di Dewan Seri Samarlingga pada jam 10.30pagi. Majlis telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran bekas pelajar dan ibu bapa. TAHNIAH DAN SYABAS untuk semua calon SPM 2016 dan semua guru atas kejayaan cemerlang dalam SPM 2016.

 

sp,

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-22 Sesi 2017/ 2018

Pada 11.3.2017 (Sabtu)  jam 8.00 pagi  telah berlangsung Mesyuarat Mesyuarat Agong PIBG kali ke-22 di Dewan Seri Samarlingga, SMK Darul Ehsan. Majlis tersebut yang dihadiri ibu bapa serta kehadiran perasmi  Ybhg Dato Ir Md Nasir bin Ibrahim (Koordinator Pembangunan Persekutuan Dun Taman Templer) telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Mesyuarat Agung PIBG merupakan acara tahunan sekolah yang bertujuan  mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Dalam mesyuarat tersebut segala usul berkaitan dengan sekolah yang diutarakan oleh ibu bapa akan dibahaskan dalam mesyuarat bersama AJK PIBG.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah pada barisan AJK yang lama di atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di sekolah ini. Besar harapan sekolah agar  organisasi baharu yang  dilantik  akan menjadikan PIBG SMK Darul Ehsan lebih cemerlang lagi di masa akan datang.
Mesyuarat  tersebut telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.35 tengah hari.