Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan lagi bulan Kemerdekaan. Pada 19.8.2016, tiga acara yang melibatkan guru dan pelajar perempuan telah diadakan di Dewan Sri Samarlingga. Acara bermula dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.30 petang. Antara acara yang dipertandingkan adalah menghasilkan roti sandwich  kemerdekaan, gubahan bunga sireh junjung kemerdekaan dan jahitan kemerdekaan. Acara berakhir dengan penyampaian hadiah dari puan pengetua kepada setiap pemenang.