Pada 30.8.2016, SMKDE telah mengadakan Hari Ambang Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59 pada 31.8.2016. Majlis telah dimulakan pada jam 7.30 pagi sehingga jam 10 pagi. Pelbagai acara yang dijalankan termasuk tayangan video prakemerdekaan oleh Kelab 1 Malaysia, nyayian lagu Patriotik dan kuiz kemerdekaan. Kami turut rasa bertuah kerana pada hari tersebut wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah selaku penyelaras Kelab 1 Malaysia turut hadir bagi memeriahkan majlis.