Pada 24 September 2016, bermula jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, satu program Tip Top bagi subjek Sains dan Matematik untuk pelajar tingkatan tiga telah dilaksanakan dengan jayanya.  Bagi program ini sebanyak tiga kelas telah dipilih iaitu 3KRK, 3KAA dan 3A1. Seramai 93 orang pelajar telah hadir pada program tersebut. Program ini adalah persediaan bagi menghadapi peperiksaan PT3 yang akan berlangsung tidak lama lagi.