Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2016 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Selayang Capitol pada 8 Oktober 2016.. Majlis ini diadakan sebagai meraikan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman alam persekolahan di SMK Darul Ehsan. Setelah mengharungi alam persekolahan selama lima tahun di sekolah ini, inilah masa mereka dapat berkumpul bersama buat kali terakhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada hari Isnin 7 November 2016.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar, semoga anda dapat melakukan   melakukan yang terbaik bagi diri sendiri di sepanjang menghadapi pembelajaran di sekolah ini. Tujuan utamanya tak lain dan tak bukan adalah untuk melengkapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan di samping mempunyai nilai-nilai hidup yang terpuji sebagai rakyat Malaysia. Semoga semua pelajar berjaya di masa hadapan.