“Sekalung Budi Sejambak Kasih”

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat), satu Majlis Persaraan Cikgu Hassan telah diadakan di Dewan Seri Samarlingga. Majlis ini adalah majlis khusus bagi meraikan persaraan Cikgu Hassan di sekolah ini sebagai guru dan pendidik. Majlis telah dimulakan pada pukul 10 pagi dan berakhir jam 12.15 tengahari. Majlis telah berlangsung dengan meriah disertai oleh pihak pentadbir, guru serta pelajar tingkatan 3, 6 atas dan 6 bawah.

 

Kami warga SMK Darul Ehsan mendoakan semoga Cikgu Hassan sentiasa sihat dan jasa cikgu sentiasa kami kenang. Terima kasih cikgu.