Pada 23.1.2017, Majlis Pelancaran Program NILAM bagi sesi 2017 telah diadakan di Dewan Seri Samarlingga. Majlis pada sesi pagi telah disertai oleh kesemua pelajar dari Tingkatan Tiga hingga Tingkatan 5. Dalam majlis tersebut, turut diadakan sesi penyerahan watikah perlantikan pengawas Pusat Sumber Sekolah 2017. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah kepada PSS dan selamat menjalankan tugas kepada pengawas PSS.