Pada 5.7.2017 merupakan hari terakhir perkhidmatan Tn Hj Bakeman bin Chek sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Darul Ehsan. ┬áSatu Majlis Lambaian Kasih Tn Hj Bakeman bin Chek telah diadakan bagi meraikan jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan dari tahun 1979 – 2017. Majlis telah dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Samarlingga, SMK Darul Ehsan dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Pelbagai persembahan termasuk dari guru dan pelajar serta ucapan amanat yang disampaikan oleh beliau buat warga SMKDE.

Kami warga SMK Darul Ehsan mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn Hj Bakeman dan Terima Kasih di atas jasa dan bakti sepanjang di SMK Darul Ehsan.