Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik SMK Darul Ehsan. Hari Guru merupakan hari yang ISTIMEWA bagi meraikan jasa guru. Sambutan Hari Guru yang telah dipersetujui di Malaysia adalah pada 16 Mei setiap tahun. Tarikh sambutan Hari Guru adalah berbeza bagi setiap negara, bergantung kepada sejarah sambutannya. Namun begitu, tarikh yang dipersetujui sebagai tarikh Hari Guru Sedunia adalah pada 5 Oktober.

Tema Hari Guru pada tahun 2017 ialah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini, guru-guru digalakkan memakai baju bertemakan kerjaya sekaligus dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai jenis kerjaya.

Sambutan hari guru SMK Darul Ehsan pada tahun ini meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan dari pelajar dan guru termasuk aktiviti sukaneka.