Sebagai sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib, {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan maka apabila disabitikan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ii berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.